Pages

Monday, September 6, 2010

Ya Allah...

Ya Allah berikanlah aku kekuatan, untuk aku menempuh segala dugaanmu..

Tidak dapat dinafikan, bertapa terasa sunyi hidup nie tanpa insan yang bergelar kekasih..air mata jangan cakaplah, kekadang mengalir tetiba tanpa diketahui puncanya. Mungkin ianya berlaku ketika aku terimbau kembali kenangan lama bersama dier..Aku pasrah dan aku redha Ya Allah andai ini takdir buat aku..bukan apa bila aku menangis tu bukanlah bermaksud aku lemah dan aku sedih, tapi ianya merupakan satu cara untuk aku kurangkan rasa perit yang aku tanggung selama ni..bagi aku cukuplah bila aku menangis aku dapat ringankan akan kesedihan yang melanda diri aku sekarang nie..nasib baiklah aku bukan jenis suka bermake-up..kalau tak naya jer..mata aku tetiba jadi macam PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM..hahaha..mana tak nyer..lunturlah segala mak nenek yang ada kat mata nie..hehe..

Kadang kala, bila aku baca dan lihat pasangan kekasih yang sentiasa ada untuk pasangan masing-masing, aku sebak dan kekadang aku terfikir, adakah peluang untuk aku mengecapi kebahgiaan sebegitu..Ya Allah berikanlah aku hati yang tabah dan pemikiran yang waras, supaya dalam keadaan ini tiada apa yang datang mengganggu mengambil kesempatan terhadap situasi aku ini..Ya Allah kepadamu lah aku bermohon agar dijauhkan aku dari segala perkara mazmumah dan dekatkanlah diriku kepada perkara-perkara mahmudah..amin ya rabbal alamin.

Thursday, September 2, 2010

Dua Jiwa Satu Hati..

Lirik lagu nyanyian LESTARI, bagai terngiang-ngiang di pendengaranku..Ya Allah sedihnya aku rasakan..tak sangka yang perkara ini benar-benar terjadi dalam hidup aku..Aku tak tau nak luahkan bagaimana peritnya perasaaan yang aku alami pada saat ini..Perkenalan yang tanpa sengaja telah membibitkan rasa sayang antara kami..aku tak tau yang sebenarnya ada wanita lain dalam hidupnya..Sungguh aku tak tau..kalau aku tau tak mungkin aku akan sambut perkenalan daripadanya. Mana mungkin aku tau dan sebaliknya jika aku tau sekalipun dier hanya akan bgtau kawan biasa jer..simpati kat dier..ermm..entahlah aku tak tau apa yang perlu aku lakukan..aku penat sangat..so bila dah tau rentak dier, aku rasa better aku back off, aku lepaskan dier, sbb bagi aku buat apa kita nak bersama dgn lelaki yang penakut dan tak der pendirian..arrgghh aku tak tau kenapa dier susah sgt nak buat keputusan..takperlah bg aku senang jer, org yang tak menghargai cinta yang kita berikan kalau kita still lagi nak bersama dan menaruh harapan pada dier, aku rasa org tu yang paling BODOH!! bagi aku cinta tak pernah buta, tapi hanya org yang membutakan diri dan matanya kerana cinta..TAPI BUKAN AKU..bagi aku senang..BERCINTA TAK SEMESTINYA KITA DAPAT MEMILIKI..agree or not, thats the reality of life..Apapun yang aku hadapi sekarang nie, hidup mesti diteruskan..Allah maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu..dan apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa agar kebahgiaan akan menjadi milik aku satu hari nanti..BILA, MASA dan KETIKANYA..Aku tak tau..yang aku tau..aku akan terus melangkah ke hadapan dan tak mungkin aku kan berpaling lagik..

Wednesday, September 1, 2010

01092010

Siapakah kita untuk menafikan dan mempertikaikan ketentuan Illahi..Allah maha mengetahui atas tia-tiap sesuatu dan dier maha mengetahui atas apa yang kita kerjakan. Sesungguhnya segala dugaan yang mendatang semakin mematangkan diri aku..alhamdulillah ku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan aku dugaan untuk kau menguji sejauh mana kesabaranku..Bila kita sayang seseorang tak bermakna kita dapat memiliki nyer..itulah lumrah alam percintaan, bila kita sayang ada kalanya terpaksa kita lepaskan..Mungkin dier bukan yang terbaik buat aku. Sesungguhnya cinta dan kebahgiaan yang kekal ialah bersamamu dan mengingatimu Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan ketabahan dan kesabaran untuk aku teruskan kehidupan ini sehingga aku dapat mengecapi kebahgiaan yang diimpikan..