Pages

Tuesday, October 5, 2010

andai ini takdirnya..

Seringkali kita tertanya, kenapa kita seringkali kecewa bila kita ingin mendapatkan kebahgiaan, bila kita rasa diri kita disayangi dan dicintai..aku suka satu mutiara kata yang mengatakan..Kita sentiasa berharap yang langit akan sentiasa cerah dan panas, lepas tu Allah turunkan hujan..kita marah, tapi kita tak tau selepas hujan tu, Allah timbulkan pula pelangi. Apa yang ingin aku nyatakan ialah datanglah apa dugaan sekalipun, kekecewaan yang berkali-kali..jgn sedih melampau..jangan mudah berputus asa, tapi mohonlah pertolongan kepada Allah, sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui ke atas segala-galanya, dalam hati setiap kejadian di muka bumi ini.

Sapa sangka dan siapa menduga, kebahgiaan yang ku dambakan selama ini, kebahgiaan yang ku harapkan selama ini..insyaallah tiba jua akhirnya..ku bersyukur dan amat-amat bersyukur kepadamu Ya Allah, kau hadirkan ke dalam hidupku seorang insan yang tidak ku duga menyayangiku dengan seikhlasnya..sentiasa bersamaku dalam apa jua keadaan sekalipun..ketika aku dalam kegusaran mahupun ketika aku dalam kegembiraan..dia sentiasa ada untukku. Mungkin inilah kebahgiaan yang telah Allah janjikan kepadaku, setelah sekian lama aku diduga dan diuji..adeh mengalir plak air mata nie..Alhamdulillah..di atas kurniaanmu..

MAGIKA, itulah detik pertemuan kami...hehe...

No comments:

Post a Comment