Pages

Wednesday, April 21, 2010

1998..

Alhamdulillah tahun 1998 merupakan tahun yang paling meninggalkan kesan dalam hidupku kerana aku berjaya memperolehi keputusan SPM dengan baik sekali dan tanpa aku sedari aku berjaya menebus kekecewaan semasa PMR dulu..hehe..berkat didikan mak dan makteh ku yang sentiasa mendidik aku dan menyindir aku..huhu..tapi walau apapun yang mereka cakap atau sindir, i'll take it as a challenge for me to prove it to them..finally yess..aku berjaya..terima kasih mak dan makteh serta tak lupa buat arwah nenek yang sentiasa melayan karenah cucu kesayangan dia nie..hehe..(miss u nenek, alfatihah).

Well semua maklum macam mana perasaan masa nak pergi ke sekolah amik keputusan SPM kan..hati aku??..fuh jangan cakap lah..dug dag dug dag...rasanya korang dapat agak kenapa kan?..aku paling takut nak tgk result matapelajaran matematik..huhu..yerlah sepanjang peperiksaan dan ujian bulanan aku fail wehhh..tak der yang dapat lulus..huhu..serius memang cuak+gabra+nak pengsan dan nak nangis semua ada..apa yang aku mampu buat..berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala..kerana Allah yang maha mengetahui apa jua yang tersurat dan tersirat..then masa nak amik result SPM nie aku dah tak leh nak buat apa lagi..kalau fail math aku maknanya aku susah nak ke mana-mana..math kan subjek wajib kredit untuk melayakkan sijil kita..masa tu nak menyesal pun tak guna jugak..

Yang aku igt, seminggu sebelum nak exam nie, sepupu leleki aku yang baru balik dari Salford England (now Pensyarah di salah sebuah IPTA) mengajar aku math dengan garangnya..salah skit kena rotan..waaaaa..kejam kan..tapi nielah cara yang terbaik tuk mengajar aku si otak ngong math nie..hehe..thanx to my cousin..love u..
Masa amik result SPM aku jalan kaki ke sekolah, merentasi lapangan sawah padi yang menghijau..atas jambatan yang banyak kali aku terjatuh habis kena lumpur baju sekolah aku..hehe..lawak tul..gabra memanjang..

setibanya aku di sekolah rupanya kedatangan aku telah ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan dan guru kesayangan aku (GPK Hem antara guru yang paling garang)..bila saja aku melangkah tangga menuju ke kelas untuk mengambil result SPM..GPK aku tu cium aku dan ucapkan TAHNIAH SHIDAH!!..hah..TAHNIAH..untuk apa..ya Allah masa tu aku tak tau nak rasa macam mana..then GPK aku suruh aku segera pergi ke kelas tu..dan sampai masa nak amik result pun kawan-kawan dan pengawas yang jaga tu ucap tahniah jugak pada aku..cuak gak semua ucap tahniah kan..hehe..so aku dengan tangan yang terketar-ketar nie..ketar tau tak?..ala ala shacking ler..hehe..pun terus tgk slip peperiksaan tu...Ya Allah ...aku bersyukur di atas kurniaanmu ..dan aku tak sangka yang aku berjaya mendapat Pangkat 1 dengan Aggregat ..biarlah rahsia..hahaha..usaha dan penat + stress aku berbaloi akhirnya..yess yess..

So dah lengah-lengah ngan kengkawan aku lupa mau pulang..hehe..yerlah sedih lor nak tinggalkan kengkawan..yang paling best dan bermakna bagi aku ialah apabila dua org rakan sekelas aku yang selalu fail sejarah, berkat study group ngan aku..dierorang dapat kredit sejarah..aku target lulus jer..tak sangka pula dapat kredit..alhamdulillah...seriusly masa dierorang nie study group ngan aku..memang dierorg cakap aku garang..hehe..tapi seronok sebab pendekatan aku berbeza..alhamdulillah tu lah cara aku study group..bila korang nak bagi orang faham apa yang korang nak sampaikan..kita kena faham dulu apa yang kita nak sampaikan..get it??...

Moral of the story..

Gagal sekali bukanlah gagal untuk selama-lamanya, bahkan gagal tulah sebenarnya merupakan tangga kita untuk mengecapi kejayaan.

Jika ingin orang faham apa yang cuba kita sampaikan, kita hendakalah terlebih dahulu faham apa yang kita ingin sampaikan.

2 comments:

  1. :)) baca note ni mcm aku berada masa ni... sama2 amik result SPM lak:)):))..dlm gembira.. syahdu pn ada:(

    ReplyDelete
  2. along..hehhe..mekasih long..angah suka bila along ada feel baca coretan angah nie..

    ReplyDelete