Pages

Sunday, May 9, 2010

2001

Setelah aku gagal pulang membawa harapan ibuku, aku tinggal di rumah. Aku mahu mencari peluang pekerjaan tetapi tidak dibenarkan oleh ibuku. Setiap masa aku disindir oleh ibuku..sedih sangat. Nasib baik makteh aku sayang aku dan dia lah menjadi pendorong ketika aku dalam kesedihan dan kekecewaan. Apa lagi yang perlu aku lakukan, ibu aku tak benarkan aku bekerja, so tak der pilihan lain terpaksalah aku duduk di rumah menjaga arwah datuk dan nenek (masa nie mereka masih ada lagi). Aku pasrah. Akulah yang memasak dan menjaga datuk dan nenek aku. Tukar lampin dewasa atuk dan mandikan nenek. Tukarkan balutan luka nenek dan syampukan rambut nenek. Arwah nenek suka sangat bila aku syampukan rambut die, katanya macam saloon. Aku guna syampu head n shoulders..Ya Allah rindunya aku pada arwah nenek (bergenang air mata). Untuk datuk plak, arwah nie tak nak org lain yang layan dia, dia nak aku jugak kalau org lain dier akan buat hal yang menyakitkan. Arwah selalu cakap, aku nak shidah jugak, tak nak org lain, dier buat lembut org lain kasar..hehe..atuk atuk..rindukan atuk sangat,,moga atuk ngan nenek ditempatkan dalam kalangan org yang beriman..al fatihah.

Sambil sambil aku jaga kedua org tua itu, dalam diam tanpa pengetahuan ibuku aku memohon untuk belajar semula. Aku pergi ke BSN Durian Tunggal dan membeli borang UPU. Aku memohon untuk belajar semula dengan bidang yang aku minat yang berkaitan dengan seni lukis atau istilah kini ialah Grafik. So dalam diam aku mohon untuk belajar di UiTM, tak kisahlah kat mana-mana pun janji UiTM. Semasa di rumah aku alert dengan keadaan semasa bila result SPM keluar jer, aku terus memohon. Aku pasrah jika ada rezeki untuk aku, adalah jika tiada tiadalah. Bukan apa, aku nak tunjukkan pada ibuku gagal berkali-kali bukan akan gagal untuk selamanya. Bahkan bagi aku gagal tu mematangkan fikiran aku dan membuatkan aku nekad untuk terus berusaha buktikan yang aku juga boleh berjaya...

No comments:

Post a Comment