Pages

Thursday, December 22, 2011

15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan.




1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

sumber : pakarcinta.com/blog/

Wednesday, December 21, 2011

Kita yang mana..

Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Dapur Chef Rumahku..hehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, entri kali nie aku nak buat pasal masak-masak plak. Aku suka sangat memasak..rasanya aku agak cerewet kalau nak makan kat kedai, mesti nak kena cari kedai yang boleh masuk ngan taste aku..hehe..so pada sapa yang nak cuba laksam nie..dipersilakan..member aku bg resepi nie..insyaallah ada kelapangan nnt nak buat..mcm sedap jer..utk pengetahuan semua laksa ngan laksam is my feveret..^*.


gambar : daripada pakcik google.

Bahan untuk membuat mee laksam.

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

:>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

:>Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
:>cili:
cili merah
belacan
garam
limau
Cara-cara

Cara buat laksam:
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan comey. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis..

Untuk kuah: kisar isi ikan (samaada ikan tongkol or sardin.. nk jimat sardin.. nk sedap tongkol), halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. tambah santan... sesetgah tu ada yg letak daon kesom.. tgk cite rase la...

Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

SELAMAT MENCUBA.

Monday, December 19, 2011

Khasiat Surah Al-Mulk.

Surah Al-Mulk. Antara surah yang dikatakan sebagai pedinding diri kita. Cuba kita luangkan masa selama setengah jam selepas solat maghrib dengan membaca surah nie dan juga surah Al-Waqiah.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”

Semoga kita semua ambil manfaat daripadanya. Amin.

sumber: miorbiz.com/khasiat-surah-al-mulk/

Ketenangan jiwa

Bertemu lagi kita kali ini, dengan entri pengisian rohani. Ketenangan jiwa? semua manusia inginkan ketenangan jiwa..Alhamdulillah ada dalam kalangan rakan-rakan aku bertanya..napa ko nie mcm cool ek..tak mudah kalut atau panik??..aku hanya mampu senyum jer..nak tau petuanya senang jer..

1. Luangkan masa setiap hari untuk melakukan Solat Sunat Dhuha. Amalkan jugak lepas solat subuh tu baca Al-Quran, paling tidak 2 atau 4 mukasurat setiap hari..:)
2. Jangan kotorkan hati kita dengan perkara-perkara yang negatif..selalulah bersangka baik terhadap org lain.
3. Andai ada apa jua dugaan, bermohonlah kepada Allah Taala, supaya dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan.
4. Andai ada masalah hadapilah dengan tenang.
5. Sentiasa senyum samada dalam duka atau duka. Sesungguhnya senyuman itu adalah terapi kepada segala masalah.
6. Sentiasa berfikiran rasional dan berfikiran positif.
7. Redha atas segala ketentuan Illahi.
8. Pada yang ada facebook tu, dinasihatkan tak perlulah nak update segala luahan korang semua..kalau ada masalah sentiasa berbincang dengan pasangan..ehem-ehem suami je yer..atau pun pada yang single berbincanglah dengan keluarga..kalau tak leh settle jgk..mengadulah kepada yang menciptakan kita..Allah Taala..walaupun kita simpan dalam hati atau biarpun sebesar zarah masalah kita tu..hanya Allah yang maha mengetahui atas apa yang berlaku dan yang akan berlaku.
9. Jadi diri kita yang sebenar, tak yah nak "HIPOKRIT" tak der faedahnya.
10. Semua perkara di atas..;p

Solat Sunat Dhuha | Fadhilat Solat Dhuha | Kebaikan Sembahyang Sunat Dhuha |

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Sulaiman adalah seorang peniaga berusia 30 tahun. Dia menjadikan perniagaan menjual nasi lemak di beberapa kawasan. Tetapi setelah sekian lama menceburi bidang perniagaan, dia tidak pernah merasakan hasil penat lelahnya. Ini memburukkan lagi dengan perniagaannya yang semakin merosot. Walaupun telah mendapat nasihat daripada beberapa orang BOMOH dengan berbagai macam "PELARIS" yang di berikan, maalahnya tetap tidak berubah . Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?

Apa yang di alami Encik Sulaiman dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha.

Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.


CONTOH NAMA-NAMA WAKTU DALAM ISLAM


1. Maghrib : Sesudah tenggelam matahari dan permulaan hari

2. Isyak : Permulaan Malam

3. Lail : Pertengahan Malam

4. Sahur : Penghujung Malam

5. Fajr : Pancaran cahaya matahari semasa akan terbit

6. Syuruq : Semasa matahari terbit

7. Subuh : Pagi

8. Dhuha : Antara sesudah terpit hingga sebelum tertegaknya matahari

9. Istiwak : Matahari tegak di atas kepala

10. Zuhur : Setelah tergelincir matahari

11. Asar : Matahari condong ke barat

12. Ghurub : Tatkala matahari tenggelam


Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.

Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Waktu Wajib

2. Waktu Sunat

3. Waktu Haram


WAKTU WAJIB

Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuj, Zuhur dan Asar


WAKTU SUNAT

Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-soalt sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain


WAKTU HARAM

Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq, Istiwak dan Ghurub.

Kembali kepada Solat Dhuha, ia adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.


Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )

Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t

Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.

Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :

Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.

Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.

Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.

Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.

Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.


Waktunya


Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Rakaatnya

Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya

Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.



Rakaat kedua


1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup


Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.




Home
Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda:

Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

sumber : http://solatsunatdhuha.blogspot.com/2009/04/solat-sunat-dhuha.html

Tazkirah ..sebagai renungan kita bersama


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB

3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU

4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK

5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS

6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!

7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Sumber: http://pinggiranusj.forumotion.com

Friday, December 16, 2011

Alhamdulillah

Aku bersyukur kepadamu Ya Allah,atas rahmat dan izinmu..atas segala dugaan yang kau berikan kepadaku..aku kini bergelar seorang isteri. Tanggal 25/11/2011 pasti akan aku ingati apabila pada tarikh itulah aku telah bergelar isteri kepada suamiku yang dulunya tunangku. Rasa macam tak percaya jer dah jadi isteri orang. Alhamdulillah segala yang dirancang terlaksana dengan jayanya, majlis kedua-dua belah pihak dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah. Amatlah berisiko apabila mengadakan majlis dalam keadaan cuaca yang tak menentu nie..rasa nak hujan, hujan, kalau rasa nak panas, panas..hehe..dah orang kata kan..manusia nie hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Sungguhpun bergitu kita boleh berdoa, dan jangan berserah bulat-bulat.

dibawah nie ada beberapa keping gambar semasa majlis perkahwinan aku.



gambar berbaju pink majlis di sebelah lelaki.


baju biru majlis di sebelah aku.

Monday, May 23, 2011

Misi..Kamera..heh

Perumpamaan yang seringkali kita dengar apabila seseorang manusia diuji oleh Allah Taala. Pelbagai perkara yang sedang bermain dalam fikiran aku nie. Alhamdulillah, rancangan aku tuk balik ke kampung halaman berjalan dengan lancar..Highway sangat clear..hehe..dan yang paling aku bersyukur, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Alasan utama aku nak balik kampung jugak kerana, minggu nie aku tak duty kat galeri so dengan kata lain..kalau aku tak duty minggu nie maksudnya ialah hari Sabtu dan Ahad aku OFF!!..Sangat happy..hehe..dan alasan yang kedua ialah my lovely mum and makteh mahu pergi menunaikan umrah pada minggu depan..so mana ada masa lagik kan..Rupa-rupanya mak memang mengharapkan kepulangan aku..dier ada urusan rupanya yang belum dier selesaikan lagi..MISI MEMBELI KAMERA DIGITAL..hehe..I like..So untuk memudahkan pencarian kamera yang sesuai mak aku ajak g beli kat Kedai Kamera area Mydin..yang lot lot tu..bukan made by Mydin..hehe. Sampai jer di Mydin..mak aku ajak g tgk kamera..bila aku masuk jer kedai tu..first thing yang aku realize..budak yang jaga kaunter tu..amatlah tidak peramah..then bila aku tanya pasal lense kamera pun..mcm sengal sengal ubi nak menjawabnya..huhu..kompem leh lingkup kedai tu..kalau layan customer mcm nie..hancus. Tapi takperlah kan..gasak lah korang yang berniaga..aku cuma harap..kepada sesiapa yang bertugas di mana mana kaunter sekalipun..specially mcm kedai kamera atau komputer..perlulah ada pengetahuan serba sedikit tentang model keluaran terkini, apa function yang membezakan antara sesuatu jenama tu..barulah customer yakin nak beli..aduuii..baca lah skit, buat kajian..bukan nak tayang muka kat situ..!!..huhu..oops terlebey sudah..haha. Ermm sebelum aku nyer mood bertukar, better lah aku tgk dan model yang terkini..Samsung..Kualiti pict not bad..terang di skrin..hopefully terang jugak lah kat pc kan..dan masa printing..Bila aku dah pilih kamera yang sesuai..tetiba mak aku plak mengutarakan soalan " Mak risau satu jer kakngah..ha napa plak mak..?.." risau nanti plug kat sana lain..kang beli bagai nak rak..sampai sana bila bateri low, dah takleh nak charge..hehe..ermm betul jgk cakap my mum nie..so aku pun tanya lah kat minah nie..dik ada tak model kamera yang backup bateri AA..ada, tapi dah takder stock..adeh..aku tak sanggup melihat wajah my mum yang frust...so aku tanya..mak betul-betul nak beli kamera ker?..atau just survey..then my mum cakap..kalau ada mmg nak beli terus..sbb mana ada masa dah..so aku pun cakap..dun wori kakngah ada tempat lain yang sesuai...hehe..my mum tanya kat mana? Jusco?..aku tanya Jusco ada kedai kamera ker? for sure tak banyak choise..nie tempat lag best..kita g Melaka Sentral..mak aku tanya..tak jauh ker..aku jawab..lor..apalah jauhnya mak..demi mak kakngah on jer..pastu my mum pun tersenyum..^^

Sunday, May 22, 2011

Bila Umur Semakin Bertambah..



Assalamualaikum..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..Alhamdulillah bersyukur ke hadratmu Ya Allah pada Jumaat 20 mei 2011 yang lalu meningkat lagi usiaku..bersyukur kepadamu Ya Allah, dengan izinmu dan dengan rahmatmu aku masih berlagi bernafas di muka bumi ini. Pelbagai dugaan dan cabaran telah aku tempuhi dan sedang aku tempuhi selama 30 tahun nie. Apapun yang berlaku aku redha dan pasrah ats segala ketentuanmu Ya Allah. Alwyas think positive..apa jua yang berlaku tu mungkin ada hikmah disebaliknya..hanya Allah yang mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Pagi jumaat yang lalu, ada yang wish melalui mesej, ada yang inbox di Fb dan paling banyak wish dengan posted kat wall fb aku..sangat terharu..kerana ada yang perasan hari jadi aku..tak nak hadiah apapun..tetapi cukuplah sekadar mengingati dan memberi ucapan. Ucapan tu merupakan satu doa..Alhamdulillah, terima kasih semua ats ucapan yang kalian berikan. Paling tak sangka ialah bekas kekasih aku hantar mesej dan wish birthday..amat tersentap!!..sbb setiap tahun dari awal perkenalan hinggalah sekarang (even dah berpisah) dier still lagi mesej dan wish happy birthday..huhu..berpisah disebabkan "keadaan" amatlah pahit untuk ditelan..redha kerana pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Tak perlu lah nak feeling2 sangat..semua tu dah berlalu..yang paling utama bagi aku sekarang nie..kehidupan yang sedang aku lalui (tunangan orang) dan bakal aku lalui sebagai isteri orang. Past is past..anggaplah si dia bukan jodoh kita. Perihal tunang aku plak..aduiiii..dier bukanlah seorang lelaki yang ROMANTIK. Dia bagi ucapan birthday kat aku mcm seorang kawan biasa..Hellooooo..nie tunang tau..sangat sentap skit..pastu aku merajuk..so mcm biasa dier telefon dan pujuk..dier cakap dier bukan romantik..dier tak pandai nak bermain kata-kata nie..huhu..kalau kita sayang pasangan kita, kita akan terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri dia..insyaallah barulah kan bermakna sesuatu hubungan itu..and by the way..mana ada manusia yang SEMPURNA kan?..hehe..daa..

Wednesday, May 18, 2011

Dugaan: Tanda Allah Sayang..

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang..maha suci Allah tuhan yang menjadikan sekalian alam..Dugaan..sesungguhnya bila Allah datangkan dugaan bermaksud Allah sayang pada kita..walaupun dugaan sekuat manapun, kita harus bersabar, dan terus bersabar. Ya Allah permudahkan urusan kami dan murahkanlah rezeki kami..hanya kepadamulah yang kami sembah dan hanya kepadamulah kami memohon pertolongan. Bila kita diduga kadang kala kita jadi stress..kepala sakit , menangis dan macam macam perasaan yang kita alami..rencam ibarat..nak masak kari..semua ramuan kita masukkan..huhu. Berat mata memandang, berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul..rasa mcm nak menjerit..tapi tak mampu..Hasbunallahuwanikmalwakil...mcm nak pecah otak bila fikirkan masalah nie..sesungguhnya Allah yang maha berkuasa dan kita hanya mampu merancang..Ya Allah kepadamulah aku meminta pertolongan..aminn..sesungguhnya kepada tunangku..sabarlah..nie semua dugaan buatmu...

Monday, May 16, 2011

Today

huhu..sangat penat hari nie..faks surat dan taip surat untuk memastikan lawatan pengunjung semakin bertambah..adehh..40k KPI bagi tahun nie..Ya Allah permudahkan urusan aku..aminn..

So bila keadaan dah jadi agak stress..apa lagi akupun layan jap Maharaja Lawak di Youtube..hehe..Vote for Sepah..mmg best lah depa nie..tgk banyak kali pun tak jemu..Ni aku upload kan utk u all yang nak release tension..hehe

Friday, February 4, 2011

my dreams..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi nie..ku bersyukur kepadamu Ya Allah atas segala kurniaanmu. Sebenarnya dah lama gak tak update blog..so hari nie tetiba dapat entri baru..impianku..my dreams. Insyaallah impianku dan arah matlamat aku sekarang ingin menjadi freelance designer, dengan niat membantu kengkawan aku yang berbisnes yang mungkin tidak tahu bgaimana nak mendapatkan khidmat designer utk menghasilkan bisnes kad ataupun identiti korporat mereka. Memetik kata-kata Jutawan Internet Irfan Khairi, jadikan minat, sebagai satu kerjaya ataupun sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan. Insyaallah sedang berusaha ke arah itu..Kekadang aku terpk kenapa tak aku gunakan bakat yang Allah berikan kepada aku utk membantu org lain..khususnya kengkawan yang aku kenal yang menjalankan perniagaan. Mungkin di sebabkan kos mereka risau utk mendapatkan khidmat designer..hehe..Sekarang nie dapat job tuk mencipta logo bagi sebuah homestay kenalanku di Melaka..dan perniagaan kedai jahit, Koleksi Alfiza kepunyaan kakak angkatku..Along Tini..alhamdulillah..untuk permulaan nie terpulang lah kepada dierorg nak bayar berapa, apa yang aku tahu, niat aku ikhlas utk menolong mereka yang memerlukan khidmat seorang designer..insyaallah..semoga Allah memudahkan segala urusan aku utk menjadi seorang freelance kini dan selamanya..amin.

Thursday, January 20, 2011

Persiapan....

Alhamdulillah selesai sudah fasa pertama iaitu Majlis Pertunangan bersama pilihan hati, chewahh..syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan tertib sekali..So langkah yang seterusnya pula ialah menghadiri kursus perkahwinan insyaallah pada petengahan Februari nanti di Putrajaya jer..^^..Nanti dah buat checklist apa apa yang patut..sekarang nie sedang mendapatkan idea utk doorgift, mulanyer igt nak tempah jer, tapi bila difikirkan semula, ada cara yang lebih ekonomi lagik..so just dapatkan idea mana yang sesuai dan boleh dipraktikkan dengan cara aku sendiri..tentang kad undangan perkahwinan..alhamdulillah hampir 70% dah design, cuba nak create map jer untuk majlis di Melaka dan di Pahang..Ermm..en tunang pun nak gak sama dalam satu kad..takperlah so dalam satu kad ada dua alamat hehe..gasaklah..insyaallah akan hantar printing dalam bulan Ogos 2011..sbb majlis bulan November 2011..okeylah tu kan..just nice..nasib baiklah ada kawan yang baik hati sudi untuk cari sykt printing. So antara persiapan yang dah aku buat ialah hire photographer dengan makandam..insyaallah moga dipermudahkan segala urusan aku dan keluarga aku nanti..aminn.