Pages

Tuesday, May 18, 2010

2007-2010.

Tahun 2008 pun ada juga bab percintaan. Senang cerita aku seringkali gagal dalam percintaan. Sungguhpun begitu, aku pasrah dan redha atas segala yang telah Allah tentukan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini dan menduga sejauh mana kesabaran aku terhadap segala ujian yang diberikan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku terus tabah menghadapi ujian yang engkau berikan..Amin.

2008 meninggalkan kenangan kepada aku kerana tanpa aku sedari rupa-rupanya salah seorang rakan alam maya aku ada menaruh harapan terhadap aku. Ermm..padan muka sapa suruh tak berterus terang..hehe..alasan masa tu aku dah ada bf..ermm baru bf belum jadi suami lagi dan belum tentu jadi suami lagi..hehe..cukuplah aku namakan mamat nie dengan panggilan A..hahaha. Sebenarnya dia nie dah banyak kali kasi hint, cuba aku jer yang buat dek sebab masa tu pun memang ada seseorang dalam hidup aku. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, perkenalan aku dengan si dia akhirnya berakhir jua setelah 2 tahun bercinta. Aku rasakan lemah sangat, hilang segala-segalanya..dengan siapa lagi aku hendak mengadu melainkan Allah kerana sesungguhnya dialah yang maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. So single lah aku sampai sekarang nie...hehehe..

2007..

Tahun yang paling aku rasanya banyak dugaan yang aku tempuhi khususnya dugaan dalam percintaan. Pada tahun nie jugalah aku mengenali seseorang yang aku namakan sebagai H. H sebaya dengan aku. Perkenalan kami bermula di sebuah forum laman sesawang . Mulanya aku hanya meminati die dalam diam. Kiranya lama jugaklah memendam rasa hehe..poyo jer..haha..Melalui laman sesawang nie lah aku kenal ramai kawan dan ada yang masih terjalin sampai sekarang. Pertengahan 2007, semasa hari jadi aku, tanpa diduga aku menerima ucapan melalui email dari H. Macam tak percaya jer die wish my birthday. So bermula dari situlah perkenalan kami, seterusnya berhubung melalui ym atau lebih dikenali sebagai yahoo messengger. H memang seorang yang baik terlalu banyak kenangan aku dan dier. Setelah berkawan melalui cyber selama beberapa bulan, akhirnya kami bersepakat untuk bertemu. Tempat pertemuan ialah di Dataran Keris Alor Gajah..hehe..lawak tul. Saat yang tak mungkin boleh aku lupakan ialah bertapa sempoi nyer aku masa first blind date tu mata aku kena ketumbit..cuba lah kalian bayangkan dahlah first date pastu ketumbit di mata. Tapi H tak kisah, dier memang tak kisah akan ketumbit tu, sebab dier still cakap comei..hehehe..mana mungkin aku boleh lupakan kenangan bersama H. Walaupun kami tak bersama lagi, kenangan bersama die tetap terpahat kukuh dalam sanubari ini. Semoga H berbahgia bersama pasangannya.

2006..

Pada tahun 2006 ni..apa yang boleh aku cerita kan eh..oh yer...masa ni dah mula merasa dunia percintaan kot hehe. Perkenalan dengan beberapa rakan dari alam maya ataupun lebih juga dikenali sebgai alam cyber. Ada pendapat perkenalan aalam cyber nie tak bagus lah, berisikolah..apapun bagi aku perkenalan, jodoh tu semua Allah yang berkuasa dan Allah jua yang menentukan. Perkenalan melalui Forum Virtual Friends membuatkan aku mengenali dunia cyber yang sebenar. Ada yang benar-benar jujur untuk bersahabat dan ada juga yang sekadar mengambil kesempatan. Apapun yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya...

Sunday, May 9, 2010

2005..

Selepas aku resign dari company ngok ngek tu, aku tinggal kat rumah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala-galanya..lupa nak cerita, masa aku keje kat company ngok ngek tu, aku dapat interview ngan SPP. Then lepas aku resign dari company tu, tak lama lah aku "tanam anggur" dalam dua minggu lepas tu, aku dapat surat dari SPP mengatakan aku berjaya dalam interview dan ditempatkan di PKG Melekek di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan. Sukanya aku..syukur alhamdulillah. Aku berjaya bergelar seorang penjawat awam. Reaksi ibu aku? jangan cakaplah sukalah dier, walaupun aku guna standard SPM..aku tak kisah sebab aku yakin satu hari nanti aku boleh menggunakan kelayakan yang sebenar..Insyaallah. Pada tarikh 6.6.2005 aku melaporkan diri di Hotel Emperor, Jalan Munshi Abdullah di Melaka. Kenangan amat indah, kenal ngan rakan-rakan yang baru dan bertambah kenalan aku.

Dua minggu lapor diri , keesokkan harinya aku melaporkan diri ke PKG Melekek. Berjumpa dengan majikan aku iaitu En. Shuhani bin Hassan. Beliau seorang majikan yang paling baik yang pernah aku kenali. Tugas pertama aku ialah sediakan fail untuk bengkel UPSR bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris.

Tanggapan pertama kali aku masa datang ke opis aku nie, rasa macam nak pindah tempat lain..huu...macam kusam jer dari luar. Betul lah ada orang kata " Dont judge the book by its cover" bila aku masuk ke dalam bangunan tu..wah..macam tak percaya seh..ceria dan colorful..hehe..sesungguhnya Cikgu Shuhani memang kreatif dan berjiwa seni. Kerja bersama Cikgu Shuhani amatlah seronok hingga membuatkan aku tidak jadi untuk berpindah. Disebabkan aku tak der pengangkutan sendiri, aku naik bas dari rumah hingga pekan Alor Gajah dan naik bas MARA ke Melekek. Bas MARA start operasi pukul 8.00 pagi..sedangkan aku masuk kerja sebelum 8.00. Bila waktu pulang aku akan tumpang Cikgu Shuhani sampai pekan Alor Gajah...hehe kenangan kenangan..

2005

Setelah aku tamat kontrak dgn Jabatan Pelajaran Melaka, aku mencuba nasib tuk mencari kerja yang lain pulak..oh lupa nak bgtau, semasa aku keje di Jabatan Pelajaran, aku juga ada mohon sebagai pembantu tadbir di bawah SPP (Suruhanhaya Perkhidmatan Pelajaran). Sebab aku memang nak bekerja..bukan apa bosan tinggal di rumah.

So aku pun pergilah jalan-jalan sekitar bandar melaka..pergi Melaka Central, then ternampak iklan yang memerlukan designer. So aku pun cubalah mana tau kan, kalau bernasib baik. Alhamdulillah aku dapat keje tu..mula-mula segalanya lancar, tapi yang sedihnya aku akan habis kerja pada waktu malam..dah lah naik bas..adeh..dahlah aku rasa area Ocean tu macam Jogjakarta..huhuu...

Syarikat ni kepunyaan seorang Dato'. Orang daerah Jasin. Dia usahakan bersama ngan wife dier Datin bla bla..(malas nak mention)..hehe..mulanya okey lah time aku kerja kat sini. Then sampai aku rasa meluat dan bosan nak kerja lagi sebab Dato' ni miang sesangat dan tak sedar diri. Aku memang tak suka laki yang miang keladi nie. Tak sampai sebulan aku kerja aku resign. Antara faktor utama adalah kerana kemiangan yang tak terbendung dan perah tenaga orang, tak der belas kasihan langsung..Peristiwa yang membuatkan aku resign without notice bila sketches yang aku buat dikeronyokkan dan dicampakkan ke muka aku..gila tak gila..memang bangang punya si tua..sebab aku tak layan kemiangan dier, dier buat aku macam tu..ko taulah nanti langit tu tinggi atau rendah!!!..Esok nye aku tak datang kerja lagi..keje kat Zoo lagi bagus..%$%^S^&*^..

2004

Alhamdulillah aku tamat pengajian aku pada 2004. Aku dapat buktikan kepada ibuku dan keluargaku bertapa kegagalan itu merupakan tangga pertama untuk mencapai kejayaan. Setelah berjaya menggenggam diploma aku rasa macam sampai masa untuk aku mencari peluang lain pula, iaitu peluang kerjaya.hehe..otak dah froz..so aku utarakan hasrat kepada ibu aku yang aku nak rest dulu..mulanya ibu aku menghalang tapi disebabkan aku nie anak yang degil..mak aku relakan jugak..so untuk permulaan aku diberi peluang untuk berkerja di Jabatan Pelajaran Melaka sebagai PKS atau Pekerja Khidmat Singkat kontrak selama 8 bulan. Gaji 900..okey sesangat..yerlah masa tu kos hidup dan barang-barang tak mahal macam sekarang. Bidang tugas aku lebih kerana membantu pembantu tadbir yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan. Agak seronok juga timba pengalaman baru.

Sepanjang aku bekerja di sini, aku taulah serba sedikit tentang hal-hal sebagai seorang penjawat awam. Apa yang perlu di buat bila surat baru sampai, apa itu minit surat dan segala mak nenek tentang rekod surat dan pengurusan buku rekod peribadi sebagai penjawat awam. Disebabkan ada duit dalam tangan aku cakap kat ibuku yang aku nak ambil lesen kereta. Syukur Alhamdulillah dan ibu aku bersetuju akan hasrat aku itu..so habis keje pkl 1.00 selepas zohor aku akan tunggu pakcik Hishammudin bersama kawan aku ke MDSC di Bukit Katil.

Dalam dua bulan ke sebulan lebih, alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapat lesen kereta..huhu..cuak tul masa test JPJ...nasib baiklah aku cool dan pandai cari peluang..aku berbual ngan pemeriksa..pegawai JPJ yang paling garang..hahaha..dier pun pelik kenapa tak leh garang dengan aku..hehe...very the lawaks..

jom cuci mata skit..hehe..my artwork..






2001 - 2004

Alhamdulillah rupanya Allah masih sayangkan aku. Permohonan aku diterima dan aku ditawarkan mengikuti pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk membuktikan kepada ibuku dan keluargaku. Bila dah dapat tawaran tu, aku pun bagitahu kepada ibu aku..Aduh hancur hatiku apabila ibuku tak bersetuju!!! Ibu aku cakap bidang yang tak menjamin masa depan..seni tidak menguntungkan..oh tidak kenapalah begitu sekali tanggapan mereka.huhu..sedihnya. Aku menangis semahu-mahunya, sampai masa makan pun aku tak nak makan..MOGOK!!! Then tanpa pengetahuan aku ibu dan makteh aku berbincang dan makteh aku call kawan nya (ajar Seni di sekolah) minta pendapat adakah bagus atau tidak pilihan aku ini. Dalam aku sedih tu, aku dengar mak aku panggil namaku..luar jangkaan..ayat yang mak aku cakap.." Tak nak isi ker borang jawapan tu"..Ya Allah aku bersyukur kepadamu..sesungguhnya kau yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kata-kata ibuku kepada aku.." Sekali dan melangkah, jangan berfikir nak berundur ke belakang tau"..ermm..aku sahut cabaran itu dan akan aku buktikan yang aku boleh berjaya..

So bulan Julai 2001 aku melangkahkan kaki aku ke UiTM, dengan harapan aku akan buktikan yang aku boleh berjaya dan menggenggam kemenangan..insyaallah. Emak, kakngah janji yang kakngah takkan hancur dan kecewakan hati emak lagi. Terima kasih kerana beri ruang untuk kakngah buktikan yang kakngah boleh berjaya..Love u mak..

2001

Setelah aku gagal pulang membawa harapan ibuku, aku tinggal di rumah. Aku mahu mencari peluang pekerjaan tetapi tidak dibenarkan oleh ibuku. Setiap masa aku disindir oleh ibuku..sedih sangat. Nasib baik makteh aku sayang aku dan dia lah menjadi pendorong ketika aku dalam kesedihan dan kekecewaan. Apa lagi yang perlu aku lakukan, ibu aku tak benarkan aku bekerja, so tak der pilihan lain terpaksalah aku duduk di rumah menjaga arwah datuk dan nenek (masa nie mereka masih ada lagi). Aku pasrah. Akulah yang memasak dan menjaga datuk dan nenek aku. Tukar lampin dewasa atuk dan mandikan nenek. Tukarkan balutan luka nenek dan syampukan rambut nenek. Arwah nenek suka sangat bila aku syampukan rambut die, katanya macam saloon. Aku guna syampu head n shoulders..Ya Allah rindunya aku pada arwah nenek (bergenang air mata). Untuk datuk plak, arwah nie tak nak org lain yang layan dia, dia nak aku jugak kalau org lain dier akan buat hal yang menyakitkan. Arwah selalu cakap, aku nak shidah jugak, tak nak org lain, dier buat lembut org lain kasar..hehe..atuk atuk..rindukan atuk sangat,,moga atuk ngan nenek ditempatkan dalam kalangan org yang beriman..al fatihah.

Sambil sambil aku jaga kedua org tua itu, dalam diam tanpa pengetahuan ibuku aku memohon untuk belajar semula. Aku pergi ke BSN Durian Tunggal dan membeli borang UPU. Aku memohon untuk belajar semula dengan bidang yang aku minat yang berkaitan dengan seni lukis atau istilah kini ialah Grafik. So dalam diam aku mohon untuk belajar di UiTM, tak kisahlah kat mana-mana pun janji UiTM. Semasa di rumah aku alert dengan keadaan semasa bila result SPM keluar jer, aku terus memohon. Aku pasrah jika ada rezeki untuk aku, adalah jika tiada tiadalah. Bukan apa, aku nak tunjukkan pada ibuku gagal berkali-kali bukan akan gagal untuk selamanya. Bahkan bagi aku gagal tu mematangkan fikiran aku dan membuatkan aku nekad untuk terus berusaha buktikan yang aku juga boleh berjaya...