Pages

Sunday, May 9, 2010

2004

Alhamdulillah aku tamat pengajian aku pada 2004. Aku dapat buktikan kepada ibuku dan keluargaku bertapa kegagalan itu merupakan tangga pertama untuk mencapai kejayaan. Setelah berjaya menggenggam diploma aku rasa macam sampai masa untuk aku mencari peluang lain pula, iaitu peluang kerjaya.hehe..otak dah froz..so aku utarakan hasrat kepada ibu aku yang aku nak rest dulu..mulanya ibu aku menghalang tapi disebabkan aku nie anak yang degil..mak aku relakan jugak..so untuk permulaan aku diberi peluang untuk berkerja di Jabatan Pelajaran Melaka sebagai PKS atau Pekerja Khidmat Singkat kontrak selama 8 bulan. Gaji 900..okey sesangat..yerlah masa tu kos hidup dan barang-barang tak mahal macam sekarang. Bidang tugas aku lebih kerana membantu pembantu tadbir yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan. Agak seronok juga timba pengalaman baru.

Sepanjang aku bekerja di sini, aku taulah serba sedikit tentang hal-hal sebagai seorang penjawat awam. Apa yang perlu di buat bila surat baru sampai, apa itu minit surat dan segala mak nenek tentang rekod surat dan pengurusan buku rekod peribadi sebagai penjawat awam. Disebabkan ada duit dalam tangan aku cakap kat ibuku yang aku nak ambil lesen kereta. Syukur Alhamdulillah dan ibu aku bersetuju akan hasrat aku itu..so habis keje pkl 1.00 selepas zohor aku akan tunggu pakcik Hishammudin bersama kawan aku ke MDSC di Bukit Katil.

Dalam dua bulan ke sebulan lebih, alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapat lesen kereta..huhu..cuak tul masa test JPJ...nasib baiklah aku cool dan pandai cari peluang..aku berbual ngan pemeriksa..pegawai JPJ yang paling garang..hahaha..dier pun pelik kenapa tak leh garang dengan aku..hehe...very the lawaks..

No comments:

Post a Comment