Alhamdulillah rupanya Allah masih sayangkan aku. Permohonan aku diterima dan aku ditawarkan mengikuti pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk membuktikan kepada ibuku dan keluargaku. Bila dah dapat tawaran tu, aku pun bagitahu kepada ibu aku..Aduh hancur hatiku apabila ibuku tak bersetuju!!! Ibu aku cakap bidang yang tak menjamin masa depan..seni tidak menguntungkan..oh tidak kenapalah begitu sekali tanggapan mereka.huhu..sedihnya. Aku menangis semahu-mahunya, sampai masa makan pun aku tak nak makan..MOGOK!!! Then tanpa pengetahuan aku ibu dan makteh aku berbincang dan makteh aku call kawan nya (ajar Seni di sekolah) minta pendapat adakah bagus atau tidak pilihan aku ini. Dalam aku sedih tu, aku dengar mak aku panggil namaku..luar jangkaan..ayat yang mak aku cakap.." Tak nak isi ker borang jawapan tu"..Ya Allah aku bersyukur kepadamu..sesungguhnya kau yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kata-kata ibuku kepada aku.." Sekali dan melangkah, jangan berfikir nak berundur ke belakang tau"..ermm..aku sahut cabaran itu dan akan aku buktikan yang aku boleh berjaya..
So bulan Julai 2001 aku melangkahkan kaki aku ke UiTM, dengan harapan aku akan buktikan yang aku boleh berjaya dan menggenggam kemenangan..insyaallah. Emak, kakngah janji yang kakngah takkan hancur dan kecewakan hati emak lagi. Terima kasih kerana beri ruang untuk kakngah buktikan yang kakngah boleh berjaya..Love u mak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment