Selepas aku resign dari company ngok ngek tu, aku tinggal kat rumah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala-galanya..lupa nak cerita, masa aku keje kat company ngok ngek tu, aku dapat interview ngan SPP. Then lepas aku resign dari company tu, tak lama lah aku "tanam anggur" dalam dua minggu lepas tu, aku dapat surat dari SPP mengatakan aku berjaya dalam interview dan ditempatkan di PKG Melekek di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan. Sukanya aku..syukur alhamdulillah. Aku berjaya bergelar seorang penjawat awam. Reaksi ibu aku? jangan cakaplah sukalah dier, walaupun aku guna standard SPM..aku tak kisah sebab aku yakin satu hari nanti aku boleh menggunakan kelayakan yang sebenar..Insyaallah. Pada tarikh 6.6.2005 aku melaporkan diri di Hotel Emperor, Jalan Munshi Abdullah di Melaka. Kenangan amat indah, kenal ngan rakan-rakan yang baru dan bertambah kenalan aku.
Dua minggu lapor diri , keesokkan harinya aku melaporkan diri ke PKG Melekek. Berjumpa dengan majikan aku iaitu En. Shuhani bin Hassan. Beliau seorang majikan yang paling baik yang pernah aku kenali. Tugas pertama aku ialah sediakan fail untuk bengkel UPSR bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris.
Tanggapan pertama kali aku masa datang ke opis aku nie, rasa macam nak pindah tempat lain..huu...macam kusam jer dari luar. Betul lah ada orang kata " Dont judge the book by its cover" bila aku masuk ke dalam bangunan tu..wah..macam tak percaya seh..ceria dan colorful..hehe..sesungguhnya Cikgu Shuhani memang kreatif dan berjiwa seni. Kerja bersama Cikgu Shuhani amatlah seronok hingga membuatkan aku tidak jadi untuk berpindah. Disebabkan aku tak der pengangkutan sendiri, aku naik bas dari rumah hingga pekan Alor Gajah dan naik bas MARA ke Melekek. Bas MARA start operasi pukul 8.00 pagi..sedangkan aku masuk kerja sebelum 8.00. Bila waktu pulang aku akan tumpang Cikgu Shuhani sampai pekan Alor Gajah...hehe kenangan kenangan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment