Pages

Tuesday, May 18, 2010

2007..

Tahun yang paling aku rasanya banyak dugaan yang aku tempuhi khususnya dugaan dalam percintaan. Pada tahun nie jugalah aku mengenali seseorang yang aku namakan sebagai H. H sebaya dengan aku. Perkenalan kami bermula di sebuah forum laman sesawang . Mulanya aku hanya meminati die dalam diam. Kiranya lama jugaklah memendam rasa hehe..poyo jer..haha..Melalui laman sesawang nie lah aku kenal ramai kawan dan ada yang masih terjalin sampai sekarang. Pertengahan 2007, semasa hari jadi aku, tanpa diduga aku menerima ucapan melalui email dari H. Macam tak percaya jer die wish my birthday. So bermula dari situlah perkenalan kami, seterusnya berhubung melalui ym atau lebih dikenali sebagai yahoo messengger. H memang seorang yang baik terlalu banyak kenangan aku dan dier. Setelah berkawan melalui cyber selama beberapa bulan, akhirnya kami bersepakat untuk bertemu. Tempat pertemuan ialah di Dataran Keris Alor Gajah..hehe..lawak tul. Saat yang tak mungkin boleh aku lupakan ialah bertapa sempoi nyer aku masa first blind date tu mata aku kena ketumbit..cuba lah kalian bayangkan dahlah first date pastu ketumbit di mata. Tapi H tak kisah, dier memang tak kisah akan ketumbit tu, sebab dier still cakap comei..hehehe..mana mungkin aku boleh lupakan kenangan bersama H. Walaupun kami tak bersama lagi, kenangan bersama die tetap terpahat kukuh dalam sanubari ini. Semoga H berbahgia bersama pasangannya.

No comments:

Post a Comment