Pages

Tuesday, May 18, 2010

2007-2010.

Tahun 2008 pun ada juga bab percintaan. Senang cerita aku seringkali gagal dalam percintaan. Sungguhpun begitu, aku pasrah dan redha atas segala yang telah Allah tentukan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini dan menduga sejauh mana kesabaran aku terhadap segala ujian yang diberikan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku terus tabah menghadapi ujian yang engkau berikan..Amin.

2008 meninggalkan kenangan kepada aku kerana tanpa aku sedari rupa-rupanya salah seorang rakan alam maya aku ada menaruh harapan terhadap aku. Ermm..padan muka sapa suruh tak berterus terang..hehe..alasan masa tu aku dah ada bf..ermm baru bf belum jadi suami lagi dan belum tentu jadi suami lagi..hehe..cukuplah aku namakan mamat nie dengan panggilan A..hahaha. Sebenarnya dia nie dah banyak kali kasi hint, cuba aku jer yang buat dek sebab masa tu pun memang ada seseorang dalam hidup aku. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, perkenalan aku dengan si dia akhirnya berakhir jua setelah 2 tahun bercinta. Aku rasakan lemah sangat, hilang segala-segalanya..dengan siapa lagi aku hendak mengadu melainkan Allah kerana sesungguhnya dialah yang maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. So single lah aku sampai sekarang nie...hehehe..

No comments:

Post a Comment