Pages

Wednesday, April 21, 2010

1999 - 2000

Tahun 1999..disebabkan aku peroleh keputusan SPM yang baik, aku ditawarkan untuk meneruskan pengajianku dengan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia..ditawarkan dengan mengikuti kos Perakaunan..Tempat pengajian pada masa itu ialah di Kolej Lagenda Langkawi, Kedah. Pertama kali aku dapat surat tawaran dari KPM nie aku dah rasa yang aku memang tak leh catch-up ngan kos ni..tapi atas harapan keluarga dan permintaan keluarga..terutamanya ibu aku..jadi nak tak nak aku terima jerlah..sebab apa aku tak nak?..sebab utamanya ialah aku manalah ada basic tentang perakaunan..huhu..

Bila aku sampai di bumi langkawi, bumi yang asing bagiku bersama ibu dan maktehku aku sungguh gembira..dah lah datang sini dengan bas pastu naik feri..huhu..dulu tak der atau tak mampu nak naik flight..kesiankan..Setibanya aku di lobi kolej Lagenda aku pun daftarkan nama..so dapatlah bilik di Tower Blok..lebih kurang apartment yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang. Saat yang menyedihkan aku bila aku terpaksa berpisah dengan ibuku..pesan ibu..belajar rajin-rajin..huhu..

Terus terang aku katakan dua tahun aku di sini, aku ibarat melancong..aku gagal untuk meneruskan pengajian ke Program Ijazah!!!CGPA aku amat rendah kerana macam biasa aku kandas dalam subjek Matematik!! Aku rasa amat bersalah dan sedih kerana telah menghampakan harapan ibuku..mak kakngah minta maaf kerana telah kecewakan mak..(sedihnya bila aku kenang balik apa yang telah aku lakukan terhadap ibuku)tanpa kusedari mengalir airmataku biarpun perkara ini telah lama berlalu..

Tahun akhir pengajian aku di sini, aku takut dan malu nak balik melaka, kerana pulang tanpa kejayaan..Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah..kerana menghancurkan harapan ibuku..sungguhpun pahit aku terpaksa telan jugak..

1998...maaf mak..hehe

Disebabkan leka bersama rakan-rakan di sekolah, aku balik lewat ke rumah..makteh, nenek dan datuk dah tunggu kepulangan aku..then makteh aku cakap kat datuk ngan nenek "nie kalau balik lewat nie, selalunya keputusan mesti baik..nak raikkan bersama kawan-kawan"..then tak lama lepas tu aku pun sampai lah kat rumah..sampai jer kat ruang tamu aku lihat semua dah tunggu..hehe..lantas semua tanya..macam mana peksa??..so aku tak jawab hanya senyum, terus memberikan slip peperiksaan tu kepada makteh..bila dia tengok slip tu, dier terus cium aku..malu nyer masa tu..sama macam aku jugak, makteh aku tengok subjek sejarah dengan matematik..ermm..dier tak sangka aku dapat score dengan baik sekali matapelajaran sejarah, yerlah takkan nak malukan mak sedara wehh..ketua bidang sejarah kat sekolah dia tu...kan malu kalau anak buah satu umah satu meja makan fail sejarah..hehe..lagipun aku memang minat seni dan sejarah..dan mungkin disebabkan tu kot aku agak lemah untuk pengiraan atau formula..otak lebih kepada hafalan dan fakta..huhu..

Tiba-tiba makteh aku dapat idea suruh aku kenakan mak aku. Makteh suruh aku call mak yang aku yakin pun sedang menunggu panggilan atau berita daripada aku. Dengan nada yang sedih aku pun cakap kat mak.." Mak, maafkan kakngah, kakngah dah kecewakan mak..sebab BM tak kredit, Math pun sama..hehe..mak aku pun apalagi..bebel lah..huhu..tunggu mak balik..degil tak nak dengar cakap..malas kan nak belajar..nanti kejelah..........Lepas aku tamatkan panggilan ..hehe..apalagi gelak lah aku ngan makteh..notty tau makteh..lepas tu makteh cakap buat tak tau je, nanti bila mak ko balik..huhu..

Dup dap..aku pun tunggulah kepulangan bondaku yang tercinta..terus tanpa mak buka tudung dia terus jumpa aku, minta slip periksa..dengan mulut yang mengomel tu..hehe..so akupun bagilah slip keputusan kepada mak..hehe..terus berubah air muka mak..lantas cium aku..(dah dua kali aku dicium)..indahnya ku rasa bila aku lihat mak aku yang gembira dengan kejayaan aku..kalau u all nak tau..aku merupakan satu-satunya cucu perempuan pertama yang dapat result SPM yang bagus..hehe..pecah tradisi lah..hehe..Syukur Alhamdulillah..Then aku cakap kat mak maaf sebab buat mak risau, nie makteh lah punya idea..hehe..dah makteh pulak yang aku salahkan..betul per..

1998..

Alhamdulillah tahun 1998 merupakan tahun yang paling meninggalkan kesan dalam hidupku kerana aku berjaya memperolehi keputusan SPM dengan baik sekali dan tanpa aku sedari aku berjaya menebus kekecewaan semasa PMR dulu..hehe..berkat didikan mak dan makteh ku yang sentiasa mendidik aku dan menyindir aku..huhu..tapi walau apapun yang mereka cakap atau sindir, i'll take it as a challenge for me to prove it to them..finally yess..aku berjaya..terima kasih mak dan makteh serta tak lupa buat arwah nenek yang sentiasa melayan karenah cucu kesayangan dia nie..hehe..(miss u nenek, alfatihah).

Well semua maklum macam mana perasaan masa nak pergi ke sekolah amik keputusan SPM kan..hati aku??..fuh jangan cakap lah..dug dag dug dag...rasanya korang dapat agak kenapa kan?..aku paling takut nak tgk result matapelajaran matematik..huhu..yerlah sepanjang peperiksaan dan ujian bulanan aku fail wehhh..tak der yang dapat lulus..huhu..serius memang cuak+gabra+nak pengsan dan nak nangis semua ada..apa yang aku mampu buat..berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala..kerana Allah yang maha mengetahui apa jua yang tersurat dan tersirat..then masa nak amik result SPM nie aku dah tak leh nak buat apa lagi..kalau fail math aku maknanya aku susah nak ke mana-mana..math kan subjek wajib kredit untuk melayakkan sijil kita..masa tu nak menyesal pun tak guna jugak..

Yang aku igt, seminggu sebelum nak exam nie, sepupu leleki aku yang baru balik dari Salford England (now Pensyarah di salah sebuah IPTA) mengajar aku math dengan garangnya..salah skit kena rotan..waaaaa..kejam kan..tapi nielah cara yang terbaik tuk mengajar aku si otak ngong math nie..hehe..thanx to my cousin..love u..
Masa amik result SPM aku jalan kaki ke sekolah, merentasi lapangan sawah padi yang menghijau..atas jambatan yang banyak kali aku terjatuh habis kena lumpur baju sekolah aku..hehe..lawak tul..gabra memanjang..

setibanya aku di sekolah rupanya kedatangan aku telah ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan dan guru kesayangan aku (GPK Hem antara guru yang paling garang)..bila saja aku melangkah tangga menuju ke kelas untuk mengambil result SPM..GPK aku tu cium aku dan ucapkan TAHNIAH SHIDAH!!..hah..TAHNIAH..untuk apa..ya Allah masa tu aku tak tau nak rasa macam mana..then GPK aku suruh aku segera pergi ke kelas tu..dan sampai masa nak amik result pun kawan-kawan dan pengawas yang jaga tu ucap tahniah jugak pada aku..cuak gak semua ucap tahniah kan..hehe..so aku dengan tangan yang terketar-ketar nie..ketar tau tak?..ala ala shacking ler..hehe..pun terus tgk slip peperiksaan tu...Ya Allah ...aku bersyukur di atas kurniaanmu ..dan aku tak sangka yang aku berjaya mendapat Pangkat 1 dengan Aggregat ..biarlah rahsia..hahaha..usaha dan penat + stress aku berbaloi akhirnya..yess yess..

So dah lengah-lengah ngan kengkawan aku lupa mau pulang..hehe..yerlah sedih lor nak tinggalkan kengkawan..yang paling best dan bermakna bagi aku ialah apabila dua org rakan sekelas aku yang selalu fail sejarah, berkat study group ngan aku..dierorang dapat kredit sejarah..aku target lulus jer..tak sangka pula dapat kredit..alhamdulillah...seriusly masa dierorang nie study group ngan aku..memang dierorg cakap aku garang..hehe..tapi seronok sebab pendekatan aku berbeza..alhamdulillah tu lah cara aku study group..bila korang nak bagi orang faham apa yang korang nak sampaikan..kita kena faham dulu apa yang kita nak sampaikan..get it??...

Moral of the story..

Gagal sekali bukanlah gagal untuk selama-lamanya, bahkan gagal tulah sebenarnya merupakan tangga kita untuk mengecapi kejayaan.

Jika ingin orang faham apa yang cuba kita sampaikan, kita hendakalah terlebih dahulu faham apa yang kita ingin sampaikan.

Tuesday, April 20, 2010

J..

aku mula berkawan dengan dia pada tahun 1998..dah lah tahun penting bagiku iaitu menghadapi peperiksaan SPM..penentu masa depan...so nak tak nak terima jerlah.sebab kesian...ada hikmah sebaliknya.. selepas jer si J berkapel ngan aku personaliti dier benar-benar berubah. Dahulunya dia seorang perokok dah tak merokok lagi, baju tak iron, kasut nauuzubillah..kepok..jangan citerlah..hehe..semuanya berubah selepas dier berkawan dengan aku..aku memang lah tak perasan..tapi kawan-kawan rapat dia yang bagitau aku..si J dah berubah..baguslah..alhamdulillah..

Aku cubalah untuk sayang dia..tapi tak bolehlah..betul lah orang kata tiada paksaan dalam bercinta. Satu sikap yang aku tak gemar bercinta masa sekolah nie, bila kita nak study masa di rumah mesti dier selalu kol, kena pulak time aku nak study..adehh..fedup giler..nak lah nak SPM..dier lagi nak bercintan-cintun..tak suka lah..so disebabkan aku memang tak boleh terima dier sepenuh hati dan disebabkan die selalu mengganggu kosentrasi aku nak study..aku nekad ..nekad untuk putuskan hubungan dengan dier dan nekad untuk tidak bercinta lagi...fuh puas hati aku..heheh..

Aku dah jangkakan perkara yang akan berlaku selepas aku putuskan hubungan aku ngan dier ialah, dier berubah bukan kerana keikhlasannya untuk berubah tapi berubah disebabkan aku..huh..tak macho betul..selepas jer aku putus ngan dia, dia kembali kepada yang asal..mula merokok balik , baju tak gosok dan sebagainya lah..lantaklah..ada aku kisah..hehe..mungkin orang akan anggap aku pompuan kejam..mana lagi kejam kalau fail SPM, buat mak sedih atau berjaya SPM dan buat emak gembira, biarpun aku yang tanggung segala ketensionan itu..aku rela orang anggap aku kejam asalkan aku dapat gembirakan hati ibuku yang bertungkus lumus, sedaya upaya mendidik dan membesarkan aku tanpa suami disisi..

so moral of the story..

kalau tak der rasa cinta dalam diri kita terhadap pasangan kita..pasti susah untuk kita bina hubungan tu..jangan terima seseorang tu sebab kesian, kelak tanpa kita sedari pasti akan kecewakan dia..

1997

1997..disebabkan keputusan PMR ku sederhana, atas kehendak dan arahan keluarga aku dikehendaki bertukar sekolah. Bila dah bertukar sekolah tu maknaya tinggal bersama keluarga semula lah kan..hehe..best lah..dapat rasa masakan mak hari-hari, dapat makan nasi lemak makcik timah tiap tiap pagi..hehe..(saja nak sedapkan hati..)

Tahun 1997, aku mula melangkah ke sekolah baru dan persekitaran baru..sungguh asing bagiku..dalam rasa asing tu, rupanya aku kenal beberapa orang pelajar yang dulu sama-sama sekolah rendah dengan aku..fuhh lega..macam biasa bila ada pelajar baru. mestilah jadi tumpuan..sama juga semasa aku baru berpindah ke Melaka..normal lah situasi macam tu kan..Selepas aku melaporkan diri di pejabat sekolah, aku terus ditempatkan di tingkatan 4 Biru..Kelas pertama bagi aliran sastera..memang dah agak pun takkan nak masuk aliran sains plak kan..hehe..so bila aku lihat silibus matapelajaran aku suka sangat sebab ada subjek kegemaran aku iaitu seni atau lebih dikenali sebagai pendidikan seni. Seni dan aku tak dapat dipisahkan..chewahh..

Antara kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah..ermm..alamak banyak lah pulak..takperlah aku citer satu satu..hehe..

Kenangan pertama apabila namaku terpilih untuk menyertai aktiviti anjuran Jabatan Pelajaran Melaka iatu Pameran Anjung Seniman Muda yang diadakan di Banda Hilir, Melaka..kalau u all nak tau masa ni mahkota parade pun belum wujud tau...huhu..terasa tuanya diriku ini..ahaks..masa aku sertai pameran nie ada rombongan dari Kobe, Jepun datang..tgk aku melukis..ada ke dia igt aku sister..hehe..yerlah sebab subjek matter aku masa tu gereja kat bangunan merah tu..hehe..so aku terangkan pada dier i'm not, i'm muslim..so baru lah dier faham dan mohon maaf atas kesilapan yang tidak sengaja dilakukan.

Kenangan kedua yang masih aku ingat lagi ialah namaku terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan Gubahan Sayur-sayuran dan Ulam-ulaman peringkat sekolah-sekolah negeri melaka..ada ker pengetua leh cakap, dapat saguhati pun tak perlah..huhu..sedihnya..tanpa disangka dah kami pertama kali mewakili sekolah dan pertama kali jugak sekolah menghantar wakil tanpa disangka kami berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat naib johan..johan?..sekolah ternama lah Sharifah Rodziah..dari segi kualiti kami memang layak, tapi sebab tak nak malukan sekolah tu..so kami dapat naib johan..apapun kami gembira dan bersyukur sangat..hehe..manis kan..

disebabkan aku pelajar baru yang sentiasa menjadi tumpuan baik dalam kalangan guru mahupun pelajar..huhu..macam-macamlah yang aku hadapi..ermm..masa nie pun dah ada beberapa org pelajar lelaki hantar-hantar note/surat nak berkenalan..aduyaiii..rimas makcik..tak suka sebenarnya..tapi sebab kesian so aku terima lah hubungan aku ngan si J..bukan nama sebenar..hehe..

1996...

kenangan dengan abg angkat nie memang indah bila dikenangkan balik..hehe..kalau outing mesti dah janji sama nak keluar dan jumpa. Tempat sasaran biasalah area pekan masjid tanah..huhu..sekarang nie memang dah berubah betul..compare masa tahun 1996 dulu...

then tanpa disangka keputusan PMR dah keluar..(sorrylah guys..terpaksa skip terus..hehe..sebab kalau nak citer lagik pasal abg angkat aku nie memang confirm u all ngantukz..hehe..)huhu..sebelum PMR nyer result keluar pun aku dah agak mesti math aku tak best dgn sains..tak taulah napa..otak ni tak leh terima subjek matematik..igt dulu masa kelas math (Cikgu Kalsom)..aku mesti tertido..haha..lawak nyer..so bila dah kuar result tu dah jangka dah..so sebab kan keputusan yang setara tu..hehe..aku kena pindah ke sekolah kampung atas alasan aku duk asrama main-main..huhu..terpaksa lah berpisah ngan abang angkat dan kengkawan..huhu..

Masa hari terakhir aku di asrama, abang angkat aku sempat jumpa aku..dier kasi sebotol air tin..huu..sedihnya masa nie..tak disangka pertemuan terakhir aku ngan abang angkat aku then kitaorg lost contact..

1996..

antara kenangan yang tak leh lupa ialah bila ada senior nak berkenalan dengan aku..haha..kelakar sangat kalau diingat semula..pertama kali kenal ngan dia masa outing kat pekan masjid tanah. Lepas tu dapat note dari die, posman kak katy..hehe..to budak cute yang tak tau nama..sabar jerlah..tgk tulisan dia memang cantik sangat..kalah orang perempuan..hehe..seriusly masa mula dapat surat tu tak kenal sapa dia yerlah risau gak kot ada member yang saja nak perdajalkan aku kan..maklumlah budak asrama..then bila dah selalu balas membalas surat tu rasa macam rapat pulak..then ada satu hari tu (tak taulah kategori apa mamat nie, tapi memang hensem hehe)..aku baru pas mandi , disebabkan asrama perempuan mengadap dewan makan dan ada laluan ke asrama lelaki so terpaksalah pakai baju dengan lengkap..masa aku baru kuar dari shower tu, aku dah perasan kan dier pakai baju lain..then bila dier nampak aku pakai baju merah, huhu..boleh tak dia berlari balik ke asrama then tukar pakai baju melayu warna merah..Ya Allah malu nyer..bila masuk dewan, semua tekak dalam tu sakit..arggh tidak..notty boy..

Monday, April 19, 2010

1994-1996...

Pada tahun nie aku bersekolah asrama di sebuah daerah kawasan Alor Gajah..masa dapat tawaran ke asrama nie..huhu..sedih + gembira..sedih sebab abah tak der bersama untuk meraikan kejayaan aku dan gembira sebab dapat membuatkan ibuku tersenyum kegembiraan, tanpa suami di sisi ibuku dapat lagi mendidik aku sehingga aku berjaya ke sini. Disinilah bermula segalanya.

Hidup berdikari dan jauh dari famili membuatkan aku agak "homesick" hehe..biasalah budak baru..first time beb jauh ngan famili..masa nilah rindu akan masakan emak dan nenek..rindu ngan nasi lemak dogol dan makcik timah (antara nasi lemak yang paling sedap pernah aku makan masa kanak-kanak dulu..hehe).

So minggu pertama biasalah akak-akak senior nie memerintah..kami freshies kena pakai baju kurung dgn kain batik ...WAJIBBB!!!..berserta tag nama besau adeh, mengong jap masa tu..yerlah dah freshies kan..kenalah taat pada arahan..kalau kita langgar arahan nanti di gelarkan kita "bega"..hehe.tau kan apa tu bega? bega nie lebih kurang macam kurang ajar atau ke arah negatif sifatnya lah.

so sepanjang minggu freshies tu tak der masalah..akak akak senior baik..mummy dorm yang cantik dan sangat sporting..hehe..kak Dilla..apa lah khabar agaknya dier..oh lupa nak nyatakan kat sini..masa tahun pertama nie aku masuk kelas tingkatan 1RK..Rancangan Khas..so sedar tak sedar peperiksaan Akhir Tahun aku diturunkan kelas ke 2b plak..huhu..sedihnya..hanya kerana matematik aku FAIL!!..huhu..

Sunday, April 18, 2010

1993..

Selepas abah tersayang pergi mengadap illahi kami sekeluarga pindah ke melaka, negeri kelahiran ibuku. Aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan memasuki darjah 3. Sebelum arwah meninggal, dia rajin bawa kami adik-beradik makan-makan di luar pada waktu malam dan bershopping. Semasa shopping..haha..ada kenangan di sebalik shopping nie..aku kerap kali tertukar "ayah"..haha..macam mana agaknya leh jadi macam tu..nasib baik mak perasan akan kehilangan aku pada waktu itu..hehe

Aku ingat lagi masa shopping ngan arwah dan adik-beradiku , aku terpandangkan sebuah beg pakaian sangat cantik..lepas tu aku cakap ngan arwah kakngah nak beg macam nie bah..pastu abahku senyum dan cakap " kalau kakngah dapat keputusan baik semasa UPSR dan dapat masuk asrama nanti abah belikan.."..sayangnya apabila aku berjaya dapat keputusan UPSR yang baik dan dapat memasuki asrama abah sudah tiada, abah tak der disaat aku meraikan kejayaanku..abah kakngah rindukan abah..miss u so much..semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah..

Friday, April 16, 2010

1989...

tahun yang amat menyedihkan bagi keluargaku..kehilangan abah yang amat aku sayangi..tidaakkkkkkkkkk..kenapa mesti abah yang pergi dulu..amat pedih ku rasakan..ku lihat ibuku terlalu sedih..sedih lagi bila aku terkenangkan adik bongsu yang baru belajar menapak..Aku dapat menyelami hati ibuku pada ketika itu yang kehilangan suami dan tempat bermanja ..termasuklah juga diriku..semasa arwah masih ada, tiap-tiap malam akulah anak yang paling manja yang akan tidur di bawah ketiak arwah..abah..kakngah rindukan saat-saat dulu..kenapa abah pergi terlalu awal bah..

ibu, aku harap kau tabah..dan sesungguhnya engkau memang tabah, sungguh pun kehilangan org tersayang, kehidupan harus diteruskan..syukur alhamdulillah ibuku seorang yang ada kerjaya pada masa itu..kalau lah ibuku tak der pekerjaan huhu..bagaimana beliau ingin membesarkan anak-anaknya yang masih kecil..tapi berkat sokongan keluarga arwah dan keluarga ibuku..emakku berjaya dalam membesarkan anak-anaknya hingga lah masing-masing berjaya dgn karier masing-masing..

Sebulan lepas abah pergi mengadap illahi, ibuku memohon pertukaran ke Melaka, katanya tak sanggup tinggal di rumah yang penuh kenangan bersama arwah..lepas tu berpindahlah kami ke Melaka dan pada waktu aku berpindah sekolah yang mana ianya merupakan suasana yang baru bagi diriku juga adik-beradikku..

1988..

Genap umurku 7 tahun aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota..Chenor Pahang..alamak dah tak igt lah masa nie..sebab masa nie maybe kecik lagik kot..kalau org lain mesti mak ayah ada hantar ke sekolah tadika kan..huhu..tapi aku tak..mak ngan abah tak hantar pun aku ke sekolah tadika..mungkin sebab buku along aku (masa darjah satu)..aku ambil dan cuba ikut apa yang abg aku belajar kat sekolah..(bijak nyee)..hehe..

Yang aku igt, kawan sekelas aku..Hasliza Hamzah..ermm..tak taulah kat mana dan khabar dier sekarang nie..apa khabar lah dier agaknya.. Aku bersekolah sampai darjah tiga iaitu pada tahun 1989..oh yer lupa nak nyatakan kat sini..pada tahun nie jugak aku dapat adik bongsu..Raihan namanya..lelaki..happy sangat bila diigt semula detik nie..

Masa tu tgh waktu sekolah, tetiba abah datang sekolah, ajak balik umah..masa tu cikgu dah benarkan dah..then abah cakap mak dah bersalin..happy nyer masa tu..yerlah jarak umur antara aku dan adikku yang bongsu nie 7 tahun..jauh per..hehe..so kitaorg pun baliklah..masa tu adik the one n only yang dilahirkan di Pahang..kakak ngan abang-abangnyer di lahirkan di Melaka..takperlah yan..dah takdir jadi anak pahang..hehe

1981...

Pada tahun keramat ini aku dilahirkan..terima kasih emak dan abah kerana melahirkan aku ke dunia ini, untuk meneruskan kehidupan di bumi ini...

Alhamdulillah aku dibesarkan dengan penuh kesempurnaan, diberikan limpahan kasih sayang oleh kedua orang tuaku..aku bersyukur ke hadrat mu Ya Allah...dan ku syukuri segala nikmat yang telah engkau berikan..