Pages

Tuesday, April 20, 2010

1997

1997..disebabkan keputusan PMR ku sederhana, atas kehendak dan arahan keluarga aku dikehendaki bertukar sekolah. Bila dah bertukar sekolah tu maknaya tinggal bersama keluarga semula lah kan..hehe..best lah..dapat rasa masakan mak hari-hari, dapat makan nasi lemak makcik timah tiap tiap pagi..hehe..(saja nak sedapkan hati..)

Tahun 1997, aku mula melangkah ke sekolah baru dan persekitaran baru..sungguh asing bagiku..dalam rasa asing tu, rupanya aku kenal beberapa orang pelajar yang dulu sama-sama sekolah rendah dengan aku..fuhh lega..macam biasa bila ada pelajar baru. mestilah jadi tumpuan..sama juga semasa aku baru berpindah ke Melaka..normal lah situasi macam tu kan..Selepas aku melaporkan diri di pejabat sekolah, aku terus ditempatkan di tingkatan 4 Biru..Kelas pertama bagi aliran sastera..memang dah agak pun takkan nak masuk aliran sains plak kan..hehe..so bila aku lihat silibus matapelajaran aku suka sangat sebab ada subjek kegemaran aku iaitu seni atau lebih dikenali sebagai pendidikan seni. Seni dan aku tak dapat dipisahkan..chewahh..

Antara kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah..ermm..alamak banyak lah pulak..takperlah aku citer satu satu..hehe..

Kenangan pertama apabila namaku terpilih untuk menyertai aktiviti anjuran Jabatan Pelajaran Melaka iatu Pameran Anjung Seniman Muda yang diadakan di Banda Hilir, Melaka..kalau u all nak tau masa ni mahkota parade pun belum wujud tau...huhu..terasa tuanya diriku ini..ahaks..masa aku sertai pameran nie ada rombongan dari Kobe, Jepun datang..tgk aku melukis..ada ke dia igt aku sister..hehe..yerlah sebab subjek matter aku masa tu gereja kat bangunan merah tu..hehe..so aku terangkan pada dier i'm not, i'm muslim..so baru lah dier faham dan mohon maaf atas kesilapan yang tidak sengaja dilakukan.

Kenangan kedua yang masih aku ingat lagi ialah namaku terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan Gubahan Sayur-sayuran dan Ulam-ulaman peringkat sekolah-sekolah negeri melaka..ada ker pengetua leh cakap, dapat saguhati pun tak perlah..huhu..sedihnya..tanpa disangka dah kami pertama kali mewakili sekolah dan pertama kali jugak sekolah menghantar wakil tanpa disangka kami berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat naib johan..johan?..sekolah ternama lah Sharifah Rodziah..dari segi kualiti kami memang layak, tapi sebab tak nak malukan sekolah tu..so kami dapat naib johan..apapun kami gembira dan bersyukur sangat..hehe..manis kan..

disebabkan aku pelajar baru yang sentiasa menjadi tumpuan baik dalam kalangan guru mahupun pelajar..huhu..macam-macamlah yang aku hadapi..ermm..masa nie pun dah ada beberapa org pelajar lelaki hantar-hantar note/surat nak berkenalan..aduyaiii..rimas makcik..tak suka sebenarnya..tapi sebab kesian so aku terima lah hubungan aku ngan si J..bukan nama sebenar..hehe..

No comments:

Post a Comment