Pages

Wednesday, April 21, 2010

1999 - 2000

Tahun 1999..disebabkan aku peroleh keputusan SPM yang baik, aku ditawarkan untuk meneruskan pengajianku dengan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia..ditawarkan dengan mengikuti kos Perakaunan..Tempat pengajian pada masa itu ialah di Kolej Lagenda Langkawi, Kedah. Pertama kali aku dapat surat tawaran dari KPM nie aku dah rasa yang aku memang tak leh catch-up ngan kos ni..tapi atas harapan keluarga dan permintaan keluarga..terutamanya ibu aku..jadi nak tak nak aku terima jerlah..sebab apa aku tak nak?..sebab utamanya ialah aku manalah ada basic tentang perakaunan..huhu..

Bila aku sampai di bumi langkawi, bumi yang asing bagiku bersama ibu dan maktehku aku sungguh gembira..dah lah datang sini dengan bas pastu naik feri..huhu..dulu tak der atau tak mampu nak naik flight..kesiankan..Setibanya aku di lobi kolej Lagenda aku pun daftarkan nama..so dapatlah bilik di Tower Blok..lebih kurang apartment yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang. Saat yang menyedihkan aku bila aku terpaksa berpisah dengan ibuku..pesan ibu..belajar rajin-rajin..huhu..

Terus terang aku katakan dua tahun aku di sini, aku ibarat melancong..aku gagal untuk meneruskan pengajian ke Program Ijazah!!!CGPA aku amat rendah kerana macam biasa aku kandas dalam subjek Matematik!! Aku rasa amat bersalah dan sedih kerana telah menghampakan harapan ibuku..mak kakngah minta maaf kerana telah kecewakan mak..(sedihnya bila aku kenang balik apa yang telah aku lakukan terhadap ibuku)tanpa kusedari mengalir airmataku biarpun perkara ini telah lama berlalu..

Tahun akhir pengajian aku di sini, aku takut dan malu nak balik melaka, kerana pulang tanpa kejayaan..Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah..kerana menghancurkan harapan ibuku..sungguhpun pahit aku terpaksa telan jugak..

1 comment:

  1. Saya bukan student kll tp saya stay kat sana masa 1998 - 2000. Banyak jg member budak kolej. Serasa teringin nak cari member tu sume. Best moment.

    ReplyDelete