Pages

Monday, April 19, 2010

1994-1996...

Pada tahun nie aku bersekolah asrama di sebuah daerah kawasan Alor Gajah..masa dapat tawaran ke asrama nie..huhu..sedih + gembira..sedih sebab abah tak der bersama untuk meraikan kejayaan aku dan gembira sebab dapat membuatkan ibuku tersenyum kegembiraan, tanpa suami di sisi ibuku dapat lagi mendidik aku sehingga aku berjaya ke sini. Disinilah bermula segalanya.

Hidup berdikari dan jauh dari famili membuatkan aku agak "homesick" hehe..biasalah budak baru..first time beb jauh ngan famili..masa nilah rindu akan masakan emak dan nenek..rindu ngan nasi lemak dogol dan makcik timah (antara nasi lemak yang paling sedap pernah aku makan masa kanak-kanak dulu..hehe).

So minggu pertama biasalah akak-akak senior nie memerintah..kami freshies kena pakai baju kurung dgn kain batik ...WAJIBBB!!!..berserta tag nama besau adeh, mengong jap masa tu..yerlah dah freshies kan..kenalah taat pada arahan..kalau kita langgar arahan nanti di gelarkan kita "bega"..hehe.tau kan apa tu bega? bega nie lebih kurang macam kurang ajar atau ke arah negatif sifatnya lah.

so sepanjang minggu freshies tu tak der masalah..akak akak senior baik..mummy dorm yang cantik dan sangat sporting..hehe..kak Dilla..apa lah khabar agaknya dier..oh lupa nak nyatakan kat sini..masa tahun pertama nie aku masuk kelas tingkatan 1RK..Rancangan Khas..so sedar tak sedar peperiksaan Akhir Tahun aku diturunkan kelas ke 2b plak..huhu..sedihnya..hanya kerana matematik aku FAIL!!..huhu..

No comments:

Post a Comment