Pages

Sunday, April 18, 2010

1993..

Selepas abah tersayang pergi mengadap illahi kami sekeluarga pindah ke melaka, negeri kelahiran ibuku. Aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan memasuki darjah 3. Sebelum arwah meninggal, dia rajin bawa kami adik-beradik makan-makan di luar pada waktu malam dan bershopping. Semasa shopping..haha..ada kenangan di sebalik shopping nie..aku kerap kali tertukar "ayah"..haha..macam mana agaknya leh jadi macam tu..nasib baik mak perasan akan kehilangan aku pada waktu itu..hehe

Aku ingat lagi masa shopping ngan arwah dan adik-beradiku , aku terpandangkan sebuah beg pakaian sangat cantik..lepas tu aku cakap ngan arwah kakngah nak beg macam nie bah..pastu abahku senyum dan cakap " kalau kakngah dapat keputusan baik semasa UPSR dan dapat masuk asrama nanti abah belikan.."..sayangnya apabila aku berjaya dapat keputusan UPSR yang baik dan dapat memasuki asrama abah sudah tiada, abah tak der disaat aku meraikan kejayaanku..abah kakngah rindukan abah..miss u so much..semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah..

No comments:

Post a Comment